Wednesday, March 31, 2010
Friday, November 27, 2009
Bara Eid Qurban Heyit Loy Akhtar Peru Naal Qurban Ait Hari raya Korban Kurban Bajram Eyd e Qorbán
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.
Dari Anas bin Malik meriwayatkan bahawa, Nabi SAW telah datang ke Madinah, sedangkan mereka (penduduk Madinah) mempunyai dua hari yang mereka bermain-main padanya. Maka Rasulullah SAW bersabda:
” Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik dari keduanya, iaitu Eid al-Adha dan Eid al-Fitr” (HR AbuDaud & an-Nasaei)
Aidiladha atau Hari Raya Haji adalah hari kebesaran umat Islam dan kita diseru bertahmid dan bertakbir ketika meraikannya. Keagungan Aidiladha yang sarat dengan sejarah dan iktibar harus dicernakan oleh setiap manusia yang mengaku muslim.
Pada bulan Zulhijah, sebahagian umat Islam akan berbondong-bondong menyempurnakan rukun Islam kelima di tanah suci. Pada ketika itu, sekiranya kita berada di sana maka kita pasti akan merasa insaf dan takjub dengan kehebatan suasana mahsyar yang dijanjikan Allah SWT. Kita boleh bayangkan bagaimana manusia akan dikumpulkan dalam pelbagai ragam dan keadaan. Ada yang sedang menerima siksaan pada ketika itu dan ada juga yang merasai kenikmatan ibadahnya sewaktu di dunia.
Mari kita teladani kisah Nabi Allah Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail AS dalam mentaati dan berkorban demi memperoleh redha Allah. Mari kita lihat manifestasi kecintaan kedua-duanya kepada Rabb mereka.
Apabila Nabi Ibrahim menghadapi dilema, antara perintah Allah untuk menyembelih anak yang dicintai dan tanggungjawabnya sebagai hamba-Nya, sebagaimana yang diceritakan kembali oleh Allah SWT melalui firmanNya:
“Nabi Ibrahim berkata, wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu: maka fikirkanlah apa pendapatmu?” [As-Soffat :102]
Lalu Nabi Ismail menjelaskan kekalutan yang dihadapi ayahandanya dengan menegaskan,
“Jalankanlah apa yang diperintahkan Allah kepadamu, InsyaAllah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar” [As-Soffat:102]
Satu jawapan first class honour daripada seorang anak yang soleh yang jelas menunjukkan tiada apa yang ingin dikejar dalam kehidupan di dunia ini selain redha Allah SWT. Tanpa memikirkan riwayat hidupnya akan tamat, baginda menerima arahan daripada CEOnya dengan redha manakala si ayah pula dengan penuh taat melaksanakannya tanpa mempersoalkan perintah itu.
Barangkali kita banyakkali berdalih dalam melaksanakan perintah Allah. Acap kali kita mencari alasan untuk menangguh atau tidak menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim. Mungkin juga, kita pernah mempersoalkan kenapa kita dilarang melakukan sesuatu dosa dan kenapa kita perlu melaksanakan perintah Allah. Beristighfarlah sahabat-sahabat jika persoalan tadi pernah terlintas di hati atau pernah dimanifestasikan dalam tindakan kita.
Cuba kita renung kembali sirah tadi. Sejauh mana kita telah melaksanakan tujuan kita berada dibumi Allah ini. Sejauh mana usaha, gerak kerja dan pengorbanan kita untuk deen kita. Sebanyak mana titis peluh yang telah dicurahkan untuk menaikkan martabat agama dan Negara kita.
Kita tidak tahu selama mana jantung kita mampu mengepam darah ke seluruh badan kita, se-efektif mana paru-paru mampu menukar oksigen dengan karbon dioksida, setajam mana otak mampu mengawal tubuh badan kita, sekuat mana ginjal mampu menapis darah kita dan kita tidak tahu bilakah fungsi organ badan yang lain ini akan dihentikan oleh Allah SWT.
Justeru itu, marilah sama-sama kita bermuhasabah. Kisah sirah tadi telah mengajar erti pengorbananyang sebenar. Setiap daripada kita pernah berkorban untuk sesuatu. Sebagai mahasiswa, kita berkorban masa dan tenaga untuk setitik ilmu yang berguna. Sebagai seorang sahabat, kita berkorban harta dan jiwa demi harga sebuah ukhuwah yang mantap. Sebagai seorang hamba-Nya, kita berkorban segala-galanya semata-mata untuk mengejar Mardhatillah iaitu keredhaan Allah SWT.
Ayuh! Berikanlah sumbangan, cadangan dan teguran yang membina untuk kemaslahatan bersama. Firman Allah SWT:
“Bertolong-tolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perkara dosa dan permusuhan”[Al-Maidah:2]
Akhir kalam daripadasaya, saya menyeru sahabat-sahabat untuk kembali mengamal dan menghayati nilai-nilai Islam dalam kehidupan dan muamalat kita seharian. Letakkanlah pertimbangan halal dan haram sebagai suatu perkara yang penting untuk kita ambil kira dalam setiap perbuatan kita. Ingatkan diri kita betapa matlamat redha dan kehidupan akhirat yang kekal abadi adalah hadaf dan tujuan yang sama-sama kita tuju.

11:23 AM by tawau · 0
Monday, October 5, 2009
Derma Tabung Gempa Untuk Serumpun


6:26 PM by tawau · 0
Saturday, October 3, 2009
Galleri Gambar Foto gempa bumi di PADANG indonesia
GEMPA BANTUAN
Kerajaan akan terus menghulur bantuan kepada mangsa gempa bumi di Indonesia. Ini ditegaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau bercakap dalam sidang media di Pekan, Pahang, sebelum menyampaikan sumbangan kepada bakal jemaah haji kawasan Parlimen Pekan. Menurut Datuk Seri Najib, beliau menyampaikan ucapan takziah bagi pihak kerajaan dan rakyat
((PBR))
TUDM-BANTUAN
Empat pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menghantar pasukan bantuan kemanusiaan ke
"Semasa untuk pagi ini kita menghantar sebulan ‘search and rescue’ daripada ‘SMART team’ kita di mana sebanyak 4 buah pesawat sampai pagi ini dari TUDM dan 4 buah ini akan membuat penerbangan sebanyak 6 kali untuk menghantar sebanyak 56 orang daripada malaysia iaitu daripada MKN yang akan datang seramai 21 orang daripada ‘SMART team’ 25 orang daripada kementerian kesihatan 5 orang dan pembantu kerja teknikal 15 dan juga tidak ketinggalan daripada bulan sabit seramai 4 orang."
Encik Fauzi juga menasihatkan ibu bapa pelajar Malaysia di Padang agar memaklumkan kepada pihak berkuasa jika masih terdapat ahli keluarga mereka di kawasan berkenaan.
"Bagi keluarga yang berada di Malaysia di mana kami telah memberikan talian untuk mereka hubungi kalau terdapat keluarga mereka di situ walaubagaimanapun dalam pemantauan kami belum dapat mana-mana warganegara Malaysia yang terlibat dalam kematian dalam kes ini banyak menjadi masalah ialah kerana hubungan kita tidak lakukan hanya 2 talian iaitu Fleksi dan XL lain daripada talian itu kita tidak dapat hubungi apabila terdapat rakyat malaysia yang menghubungi talian masalah utama ialah talian rumah tidak dapat dihubungi langsung begitu juga talian-talian yang lain 2 talian ini saja yang masih berfungsi"
((PBR))
GEMPA-SYUKUR
Sementara itu, rakyat
Encik Ayie Roswardi;
"Kami sebagai warga negara Indonesia khususnya di getaran di Padang .Kami pun mengucapkan berbanyak terima kasih kepada seluruh warga Malaysia di Malaysia dan kami pun berasa bersyukur banyak sekali dibantu dari segi pakaian, kewangan dan spirit daripada negara Malaysia dan kami pun ingin kerjasama dengan baik dengan warga negara Malaysia di sana.”
Encik Deden Khusaini;
"Terima kasih atas bantuan, juga terima kasih kepada negara
((PBR))
ISLAM-BENCANA
Berita Radio menghubungi penceramah bebas, Ustaz Mohd Rizalman Ahmad berhubung kejadian gempa dan ribut yang berlaku akhir-akhir ini:
"Pertama disebabkan kelalaian kita daripada mengingati Allah S.W.T dan kecuaian kita setelah dijadikan sebaik-baik ciptaan Allah S.W.T seharusnya mensyukuri segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita. Allah Taala pernah berfirman, jangan sesekali kamu mencampakkan diri kamu kedalam kebinasaan maka jelas berpandukan dalil Allah Taala ini maka jelas kita manusia segala apa kesalahan yang telah menjerumuskan kita kedalam kebinasaan pasti ada balasannya."
((PBR))
GEMPA-TSUNAMI
Sistem Amaran Tsunami Nasional membolehkan GEMPA BUMI dikesan 15-minit lebih awal. Demikian menurut Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami Jabatan Meteorologi, Encik Mohd Rosaidi Che Abbas. Beliau bercakap kepada Berita Radio:
"Jabatan Meterologi
((PBR))
Sumber : BERITA RADIO
7:21 PM by tawau · 0
Wednesday, September 9, 2009
Lawak Masjid - Langkah2 mengelakkan kehilangan selipar/kasut ke masjid

lawak klasik
tips2
Aku suka karya kartunis Lambok MOY lawak selamber tahap pecah perut.
huh!!.. tapi sekarang dah tak layan majalah-majalah HUMOR dulu time study.. ok la...
3:33 PM by tawau · 0
Saturday, September 5, 2009
Minyak RON95 Gantikan Ron92, Harga RON97 dinaikkan
9:19 AM by tawau · 0
Thursday, August 27, 2009
RM6.60 Kadar Zakat fitrah Sabah untuk Tahun 2009
8:47 PM by tawau · 1
Friday, August 21, 2009
Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 2009
Tahun 2009
from: http://www.islam.gov.my/ 2009
1:17 AM by tawau · 0


