Showing posts with label tawau. Show all posts
Showing posts with label tawau. Show all posts

Wednesday, March 31, 2010

1st Tawau Bike Week


Tawau Classic Bike Club akan meggnjurkan program yang di panggil Tawau Bike Week.

2:26 PM by tawau · 2

Friday, November 27, 2009

Bara Eid Qurban Heyit Loy Akhtar Peru Naal Qurban Ait Hari raya Korban Kurban Bajram Eyd e Qorbán


gambar hiasan: Ibadah Qurbah di Masjid Babul Khair Tg Batu Laut, Tanah Merah

Alhamdulillah, segala puji dan syukur sama-sama kita rafakkan ke hadrat Allah Subhanahu wataala, di atas nikmat Iman dan Islam yang masih kita kecapi pada hari ini. Puji dan syukur juga kita panjatkan kepada-Nya kerana masih lagi memberikan kita peluang untuk meneruskan ketaatan kita sebagai hamba-Nya yang daif. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam, para sahabat dan ahli keluarga baginda.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.

Dari Anas bin Malik meriwayatkan bahawa, Nabi SAW telah datang ke Madinah, sedangkan mereka (penduduk Madinah) mempunyai dua hari yang mereka bermain-main padanya. Maka Rasulullah SAW bersabda:

” Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik dari keduanya, iaitu Eid al-Adha dan Eid al-Fitr” (HR AbuDaud & an-Nasaei)

Aidiladha atau Hari Raya Haji adalah hari kebesaran umat Islam dan kita diseru bertahmid dan bertakbir ketika meraikannya. Keagungan Aidiladha yang sarat dengan sejarah dan iktibar harus dicernakan oleh setiap manusia yang mengaku muslim.

Pada bulan Zulhijah, sebahagian umat Islam akan berbondong-bondong menyempurnakan rukun Islam kelima di tanah suci. Pada ketika itu, sekiranya kita berada di sana maka kita pasti akan merasa insaf dan takjub dengan kehebatan suasana mahsyar yang dijanjikan Allah SWT. Kita boleh bayangkan bagaimana manusia akan dikumpulkan dalam pelbagai ragam dan keadaan. Ada yang sedang menerima siksaan pada ketika itu dan ada juga yang merasai kenikmatan ibadahnya sewaktu di dunia.


Mari kita teladani kisah Nabi Allah Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail AS dalam mentaati dan berkorban demi memperoleh redha Allah. Mari kita lihat manifestasi kecintaan kedua-duanya kepada Rabb mereka.

Apabila Nabi Ibrahim menghadapi dilema, antara perintah Allah untuk menyembelih anak yang dicintai dan tanggungjawabnya sebagai hamba-Nya, sebagaimana yang diceritakan kembali oleh Allah SWT melalui firmanNya:

“Nabi Ibrahim berkata, wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu: maka fikirkanlah apa pendapatmu?” [As-Soffat :102]

Lalu Nabi Ismail menjelaskan kekalutan yang dihadapi ayahandanya dengan menegaskan,

“Jalankanlah apa yang diperintahkan Allah kepadamu, InsyaAllah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar” [As-Soffat:102]

Satu jawapan first class honour daripada seorang anak yang soleh yang jelas menunjukkan tiada apa yang ingin dikejar dalam kehidupan di dunia ini selain redha Allah SWT. Tanpa memikirkan riwayat hidupnya akan tamat, baginda menerima arahan daripada CEOnya dengan redha manakala si ayah pula dengan penuh taat melaksanakannya tanpa mempersoalkan perintah itu.



Barangkali kita banyakkali berdalih dalam melaksanakan perintah Allah. Acap kali kita mencari alasan untuk menangguh atau tidak menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim. Mungkin juga, kita pernah mempersoalkan kenapa kita dilarang melakukan sesuatu dosa dan kenapa kita perlu melaksanakan perintah Allah. Beristighfarlah sahabat-sahabat jika persoalan tadi pernah terlintas di hati atau pernah dimanifestasikan dalam tindakan kita.

Cuba kita renung kembali sirah tadi. Sejauh mana kita telah melaksanakan tujuan kita berada dibumi Allah ini. Sejauh mana usaha, gerak kerja dan pengorbanan kita untuk deen kita. Sebanyak mana titis peluh yang telah dicurahkan untuk menaikkan martabat agama dan Negara kita.

Kita tidak tahu selama mana jantung kita mampu mengepam darah ke seluruh badan kita, se-efektif mana paru-paru mampu menukar oksigen dengan karbon dioksida, setajam mana otak mampu mengawal tubuh badan kita, sekuat mana ginjal mampu menapis darah kita dan kita tidak tahu bilakah fungsi organ badan yang lain ini akan dihentikan oleh Allah SWT.

Justeru itu, marilah sama-sama kita bermuhasabah. Kisah sirah tadi telah mengajar erti pengorbananyang sebenar. Setiap daripada kita pernah berkorban untuk sesuatu. Sebagai mahasiswa, kita berkorban masa dan tenaga untuk setitik ilmu yang berguna. Sebagai seorang sahabat, kita berkorban harta dan jiwa demi harga sebuah ukhuwah yang mantap. Sebagai seorang hamba-Nya, kita berkorban segala-galanya semata-mata untuk mengejar Mardhatillah iaitu keredhaan Allah SWT.

Ayuh! Berikanlah sumbangan, cadangan dan teguran yang membina untuk kemaslahatan bersama. Firman Allah SWT:

“Bertolong-tolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perkara dosa dan permusuhan”[Al-Maidah:2]


Akhir kalam daripadasaya, saya menyeru sahabat-sahabat untuk kembali mengamal dan menghayati nilai-nilai Islam dalam kehidupan dan muamalat kita seharian. Letakkanlah pertimbangan halal dan haram sebagai suatu perkara yang penting untuk kita ambil kira dalam setiap perbuatan kita. Ingatkan diri kita betapa matlamat redha dan kehidupan akhirat yang kekal abadi adalah hadaf dan tujuan yang sama-sama kita tuju.

gambar hiasan: Ibadah Qurbah di Masjid Babul Khair Tg Batu Laut, Tanah Merah,Tawau Sbah

11:23 AM by tawau · 0

Thursday, November 26, 2009

eid adha 2009





Esok umat islam bakal menyambut hari raya korban 27.11.2009 bersamaan dengan 27 Zulhijjah 1430H...alhamdulillah...
disini aku ingin mengucapkan selamat menyambutnya kepada semua umat islam di dunia ni...

5:08 PM by tawau · 0

Wednesday, November 18, 2009

Motorsikal Hilang



(KLICK GAMBAR UNTUK PERBESARKAN)


Assalamualaikum,


nak mintak tolong kepada semua yang membaca artikel ini,
salah seorang ahli "Tawau Classic Bike Club" telah kehilangan motorsikal jenis

Model : Honda C70

Kaler : Birumuda

No. Pendaftaran: ST5695C

Lokasi kehilangan - EMPIRE Tawau
kejadian berlaku mlm tadi (13/11/2009)

harap sesapa yg ternampak motor tersebut dapat mengubungi msj/call 017-8935539-dona dengan segera. harap dapat war² pada sahabat² lain... Kerjasama dan keprihatinan amat dihargai
TERIMA KASIH...




7:08 AM by tawau · 0

Monday, November 9, 2009

Projek Pembinaan Jalan Sapulut- Kalabakan tidak capai objektif





KUALA LUMPUR: Projek Pembinaan Jalan Sapulut-Kalabakan didapati tidak mencapai objektifnya iaitu membina jalan bertar atau berturap yang menghubungkan pekan Sapulut di Keningau dengan Kalabakan di Tawau, Sabah.

Sebaliknya, menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2008 yang dikeluarkan kelmarin, hanya jalan ‘gravel’ yang dibina dalam projek yang melibatkan peruntukan RM565 juta itu.

“Audit mendapati kerja penyiasatan tanah tidak dilaksanakan dengan sempurna mengakibatkan banyak bahan yang tidak sesuai seperti batang balak digunakan untuk membuat jalan oleh syarikat konsesi pembalakan tidak dapat dikesan.

“Hal ini menyebabkan perubahan skop kerja dengan tidak membina jalan berturap terpaksa dilakukan bagi memastikan kos projek tidak melebihi nilai kontrak yang dipersetujui,” kata laporan itu.

Laporan itu juga berpendapat pembinaan jalan di kawasan berkenaan adalah tidak praktikal kerana ia melalui jalan yang aktif dengan aktiviti pembalakan, melibatkan dua syarikat konsesi balak.




“Lori balak kerap menggunakan jalan itu, walaupun jalan basah, dengan muatan 42.54 tan sehingga 62.08 tan yang melebihi kapasiti reka bentuk jalan yang dibina, iaitu setakat 30 tan sahaja.

“Kekerapan lori balak menggunakan jalan itu juga merupakan faktor yang melambatkan proses pembinaan dan menyebabkan kerosakan kepada jalan yang baru dibina seperti kerosakan terhadap ‘embankment’, longkang serta cerun,” kata laporan itu.

Selain itu penyiasatan audit turut menemui kero- sakan seperti lubang pada permukaan jalan, permukaan jalan mendap, bahu jalan ternaik, longkang rosak, pelin- dungan tebing sungai terhakis dan penahan tembok di sepanjang jalan itu akibat kualiti pembinaan dan pen- yenggaraan jalan yang tidak memuaskan.

“Pada pandangan audit, Jabatan Kerja Raya (JKR) sepatutnya memastikan kerja penyiasatan tanah dijalankan dengan sempurna sebelum projek pembinaan jalan dimulakan,” kata laporan itu.

Laporan Ketua Audit Negara itu mengesyorkan supaya JKR memastikan kontraktor membaiki segera kerosakan itu bagi mengelakkan keadaan menjadi bertambah serius sehingga menjejaskan keselamatan pengguna.

Tahap pemantauan juga perlu ditingkatkan untuk memastikan kontraktor menjalankan kerja penyenggaraan yang berkualiti serta mengikut jadual dan syarat yang ditetapkan, selain memohon peruntukan kewangan yang mencukupi di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk menyambung kerja penurapan aspal jalan, kata laporan itu.

12:23 PM by tawau · 0

Friday, September 18, 2009





selamat hari raya aidilfitri kepada semua pengujung blog TCBC.

5:00 PM by tawau · 0

Thursday, September 17, 2009

dapat kad raya kartu raya card ecard kartu lebaran aidil fitri selamat hari raya maad zahir & batin



kad raya pertama datangnya dari http://ilmu-hitam.blogspot.com/ untuk semua ahli kelab motorsikal klasik tawau.

4:04 PM by tawau · 0

Monday, September 14, 2009

Majlis Berbuka Puasa Bersama Pemimpin, PM MALAYSIA


13 Sept TAWAU, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Tawau untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama pemimpin dan masyarakat Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna.

Najib bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang tiba menggunakan pesawat khas mendarat di Lapangan Terbang Tawau kini, kira-kira pukul 3.30 petang dan disambut oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan beberapa anggota kabinet negeri.

Petang ini Najib dijadual mengadakan perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin masyarakat Cina di Hotel Promenade sebelum menghadiri majlis penyampaian sumbangan amal Ramadan serta berbuka puasa di Masjid Al-Kauthar.

Sejurus selepas menunaikan solat Isyak dan solat sunat Tarawih, Najib dijadual mengadakan perjumpaan dengan anggota pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional di Hotel Promenade sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.


4:03 AM by tawau · 1

Friday, August 21, 2009

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1430 H/2009 M


ZON IV : (BAHAGIAN TAWAU ; BARAT) BALUNG, BANDAR TAWAU, PULAU SEBATIK, MEROTAI DAN
KALABAKAN.


JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1430 H/2009 M BAGI NEGERI SABAH 2009



untuk download sila klick di sini tawau

1:05 AM by tawau · 0

Dua kebakaran dalam satu minggu





sedih dan terharu bila Kira-kira 30 buah rumah di Kampung Tanjung Batu Laut, dekat sini, musnah dalam kebakaran kira-kira jam 4 petang tadi, selang enam hari selepas kejadian serupa di Kampung Vietnam,Tawau yang turut memusnahkan 30 rumah dan menyebabkan 201 orang kehilangan tempat tinggal.

Pegawai Bomba Tawau, Albert Jiran Tanjung, berkata dua jentera bomba beserta 20 anggota, termasuk pegawai, berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah berhampiran kira-kira jam 5.15 petang.

Albert berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

12:10 AM by tawau · 0

Sunday, August 16, 2009

Apa Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis



Tak kenal maka tak cinta, di sini saya ingin kongsikan kepada saudara
Perkara Yang kita Perlu Tahu Sekiranya Ditahan Polis.

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis


1. BAGAIMANA MENDEFINASIKAN ISTILAH ‘DITAHAN’? HANYA APABILA …
a. Polis berkata kepada anda, “Anda ditahan”
b. Polis menggari tangan anda
c. Anda dilarang dari meninggalkan sesebuah bilik, kawasan atau sebagainya oleh pihak polis



2. BAGAIMANA SEKIRANYA ANDA DITAHAN OLEH PIHAK POLIS (semasa berjalan, memandu pulang dsb.)
a. Anda mungkin akan disoal. HANYA berikan butir-butiran diri anda seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat. Anda juga mungkin akan diminta menunjukkan kad pengenalan

diri anda
b. Anda tidak perlu menjawap lain-lain soalan
c. Biasakan bertanya pengenalan diri polis yang berkenaan. Sentiasa catatkan nama dan nombor kad pengenalan mereka.
d. Catatkan nombor kenderaan ronda mereka



3. JIKA ANDA DITANYA LAIN-LAIN SOALAN
a. Tanya kepada polis berkenaan, “Adakah saya ditahan?”
b. Sekiranya mereka berkata “Ya”, jangan menjawap apa-apa lagi soalan yang diajukan kepada anda. Adalah menjadi hak anda untuk menjawap apabila berada di mahkamah

sahaja.
c. Sekiranya mereka berkata “Tidak”, anda boleh beredar pada bila-bila masa sahaja.



4. JIKA ANDA DITAHAN
a. Beritahu orang-orang yang berhampiran dengan anda
b. Sekiranya anda mempunyai telefon bimbit, telefon rakan, keluarga atau peguam anda. Sekiranya anda ditahan di kawasan diantara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran

Merdeka, besar kemungkinan anda akan dibawa ke balai polis Dang Wangi (Stadium) dan balai polis Campbell. Minta kawan anda, keluarga atau peguam anda pergi ke balai polis

Dang Wangi dahulu untuk mengesahkan penangkapan anda dan dimana anda berada.
c. Catatkan / ingatkan waktu anda ditahan



5. KETIKA DITAHAN, PIHAK POLIS MESTI MEMBERITAHU ANDA
a. Mengapa anda ditahan



6. SELEPAS DITAHAN
a. Pihak polis hanya boleh menahan anda didalam lokap selama 24 jam sahaja, tidak kira samada pada hari cuti am atau pada hujung minggu. Ini adalah hak PERLEMBAGAAN

anda. Selepas tempoh masa 24 jam berakhir, pihak polis mesti membawa anda ke hadapan majistret untuk direman (dimana anda mesti tinggal di lokap polis bagi ‘membantu’

siasatan mereka). Jika tidak, anda akan dilepaskan samada atas jaminan (jamin mulut) atau akan didakwa di mahkamah. Sebaik sahaja didakwa, anda perlukan penjamin dan

wang jaminan kecuali ianya bukan dakwaan yang berjamin
b. Anda tidak boleh membawa sebarangan barang-barang ke lokap kecuali pakaian yang sedang anda pakai ketika itu. Apabila pihak polis mengambil barang-barang anda, anda

mesti menurunkan tandatangan untuknya. Sekiranya anda mempunyai wang atau kad bank / kredit, pastikan anda mengira duit anda dan pastikan polis tersebut mencatatkan jumlah

yang anda ada, dan apa kad bank / kredit yang anda miliki.
c. Anda mungkin diminta memberi kenyataan 113 (kenyataan peringatan). Pegawai polis yang mengambil kenyataan tersebut mestilah membacakan hak-hak anda



7. SOAL SIASAT POLIS
a. Berhati-hatilah semasa menjawap soalan-soalan yang diajukan oleh pihak polis. Ia mungkin dalam bentuk soalan-soalan mesra yang biasa seperti cuaca, keluarga anda dsb.

untuk menenangkan anda. fikir berulang kali sebelum menjawap kerana ia boleh digunakan untuk menentang anda semasa dimahkamah nanti. Ingat, kerja polis ialah memastikan

mereka mempunyai cukup bukti untuk mendakwa anda, dan bukannya untuk mempunyai perbualan yang mesra.
b. Sekiranya pihak polis meminta anda memberikan kenyataan 113, anda mesti memberikan butir-butiran anda seperti nama anda, nombor kad pengenalan dsb. dan pastikan anda

tahu nama pegawai polis tersebut. Jika terdapat lain-lain soalan, kami BETUL-BETUL nasihatkan anda supaya tidak menjawapnya sehingga hari perbicaraan anda dimahkamah,

dan ketika bersama-sama dengan peguam anda. Itu adalah hak anda! Apa sahaja yang anda kata, boleh digunakan untuk menentang anda ataupun rakan-rakan anda. Anda boleh

menjawap semua soalan-soalan lain tersebut seperti ini:S: adakah anda berada di Dataran petang tadi?J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamahS: bagaimana

anda datang ke Dataran petang tadi?J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamahS: adakah ibu anda menyediakan bekalan sebelum anda keluar?J: saya hanya akan

menjawap semua soalan di mahkamah
c. Sekiranya pegawai polis yang mengambil kenyataan anda mengancam anda secara percakapan mahupun kelakuan, anda mestilah berhenti dari memberikan kenyataan anda

dengan segera. Bertenang dan beritahunya “Saya tidak boleh meneruskan kenyataan saya kerana awak telah mengancam keselamatan saya. Saya mahu ini dicatatkan kedalam

kenyataan saya.” Sekiranya pegawai polis itu tidak mencatatkan bantahan anda tersebut, tunggu sehingga ke akhir kenyataan anda. Tetapi sekiranya pegawai polis tersebut masih

terus mengancam anda, tinggalkan bilik tersebut dan beritahu pegawai polis yang lain dan minta ‘perlindungan’ mereka.
d. Apabila anda telah habis menjawap soalan, pegawai polis akan membenarkan anda membaca kenyataan anda tersebut. Dia akan bertanya samada anda mempunyai apa-apa

yang ingin ditambah, ditukar atau dipadamkan. Inilah masanya anda membetulkan apa-apa kesilapan atau atau menambah lain-lain komen didalam kenyataan itu. Contohnya, jika

anda telah diancam sewaktu soal siasat atau diserang semasa penahanan anda dsb. ini adalah satu lagi peluang untuk anda menyatakannya. Pegawai polis berkenaan mesti

menaip semua itu. Anda akan diminta untuk menandatangani kenyataan anda tersebut. Baca semula dengan teliti dan tandatangan sedekat yang boleh dibawah perenggan yang

terakhir, supaya tiada siapa yang boleh menokoktambahnya lagi.



8. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Direman)
a. Sekiranya anda tidak mempunyai peguam, anda mesti meminta wakil peguam. Pusat Bantuan Guaman ada menempatkan peguam-peguamnya dimahkamah bagi tujuan ini.
b. Beritahu majistret sekiranya anda ada mempunyai apa-apa rungutan seperti sekiranya anda di pukul, diancam; sekiranya anda sakit, perlukan rawatan perubatan ds




9. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Dakwaan)
a. Sekali lagi, anda mesti meminta wakil peguam
b. Pastikan anda mempunyai seseorang untuk menjamin anda keluar. Sekiranya anda tidak dapat menghubungi keluarga atau rakan anda, minta kebenaran dari majistret untuk

membantu anda menghubungi keluarga anda. Jika tidak, anda boleh meminta bantuan peguam anda. Keluarga anda akan perlu membawa duit untuk menjamin anda keluar, yang

mana mestilah dalam bentuk pembukaan akaun di bank yang terletak paling dekat dengan mahkamah tersebut. Tanya peguam anda atau majistret dimanakah letaknya bank

tersebut. Tidak ada bentuk bayaran lain seperti bayaran tunai atau cek yang akan diterima oleh mahkamah.



10. SEKIRANYA ANDA DIPUKUL SEMASA DALAM TAHANAN
a. Selepas anda dibebaskan atas jaminan, pastikan anda pergi ke mana-mana klinik kerajaan atau hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Pastikan anda tahu nama

doktor yang bertugas dan nombor rujukan laporan kesihatan anda supaya ia boleh digunakan dimahkamah kemudian.
b. Sekiranya anda masih dalam reman, pastikan anda memberitahu majistret yang berkenaan bahawa anda perlu pergi ke hospital atau ke klinik.

Oleh SUARAM. Suara Rakyat Malaysia

Untuk lebih lanjut ada boleh download ‘Buku merah’ Majlis Peguam – panduan berguna bagi seseorang yang tidak biasa ditahan polis atau buta undang-undang sewaktu berdepan dengan pihak berwajib itu.
Edisi bahasa Inggeris risalah kecil panduan asas itu kini boleh diperolehi di laman web rasmi badan profesional itu,

Risalah dua halaman ‘Polis dan Hak Asas Anda’ disediakan oleh satu jawatankuasa kecil Majlis Peguam yang dikenali Tindakan Anti Penyalahgunaan Kuasa Polis (Tangkap).

4:44 PM by tawau · 0

Wednesday, July 22, 2009

ANGKAAN BERLAKUNYA GEMPA BUMI DAN TSUNAMI DI PERAIRAN TIMUR FILIPINA





Penyebaran e-mail mengenai jangkaan berlakunya gempa bumi dan
tsunami pada 22 Julai 2009 telah tersebar luas sejak bulan Mac 2009.
JMM telah mengeluarkan kenyataan akhbar menjelaskan isu ini pada 8
April 2009. Rakyat Malaysia diminta tidak perlu bimbang mengenai perkara
tersebut.

Tiada Kaitan Korelasi Gempa Bumi Besar Dan Gerhana Matahari
2) Berdasarkan rekod kejadian gempa bumi terdahulu, didapati tiada
korelasi saintifik antara kejadian gempa bumi dengan gerhana matahari.
Contohnya, semasa kejadian gerhana matahari pada 1 Ogos 2008, tiada
gempa bumi bermagnitud besar direkodkan berlaku pada tarikh tersebut.
Merujuk kenyataan
Prof. Kerry Sieh, seorang seismologi terkenal dari
Amerika Syarikat yang sekarang bertugas di Singapura,
beliau telah
melaporkan dalam Channel News Asia pada April 2009, iaitu sejak 110
tahun yang lalu, terdapat 85 kejadian gempa bumi bermagnitud besar.
Namun, hanya dua daripada gempa bumi tersebut berlaku pada masa
yang sama dengan kejadian gerhana matahari. Itu pun ianya berlaku pada
masa gerhana separa, bukannya gerhana penuh. Disamping itu, dua
gempa bumi tersebut berlaku di tempat yang bukannya berlaku gerhana.
Kajian Gempa Bumi Dan Risiko Tsunami Di Malaysia
3) Risiko Malaysia kepada gempa bumi dan tsunami telah diketahui.
Akademi Sains Malaysia, MOSTI telah menyelia satu kajian yang
komprehensif tentang risiko gempa bumi dan tsunami di Malaysia yang
dilaksanakan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Jabatan Mineral dan
Geosains, UPM, USM, dan UTM. Kajian ini telah siap sepenuhnya pada
Januari 2009. Pada masa yang sama JMM juga telah menganjurkan dua
International Roundtable Dialogue on Earthquake and Tsunami Risks in
Southeast Asia, South China Sea and Western Pacific Marginal Seas
Region. Kajian ASM dan roundtable dialogue tersebut juga mendapati
bahawa subduction zone Taiwan-Filipina di perairan barat adalah bersaiz
kecil berbanding dengan subduction zone di perairan sepanjang timur
Sumatera. Mengikut pandangan ahli seismologi dan berdasarkan rekod
terdahulu, gempa bumi yang berkemungkinan berlaku di kawasan
subduction zone Taiwan-Filipina hanya boleh menjana gempa bumi pada
magnitud 8.5 pada skala Ritcher (worst case scenario).
Rekod terdahulu
menunjukkan bahawa gempa bumi yang berlaku di kawasan
subduction zone Taiwan-Filipina hanya hampir mencapai magnitud
8.0 pada skala Ritcher.
Perbezaan 1.0 magnitud pada skala Ritcher akan
mengakibatkan kekuatan 10 kali ganda.
Model Numerikal Tinggi Ombak Dan Masa Tiba Jika Tsunami Berlaku
4) Merujuk kepada model numerikal, sekiranya gempa bumi berskala
8.5 Ritcher berlaku di
subduction zone Taiwan-Filipina (worst case
scenario)
dan
tsunami boleh terjadi, ombak yang bakal sampai di perairan
Sabah adalah kurang dari
1.0 meter
dalam tempoh masa antara
3 – 4 jam
selepas kejadian gempa bumi berlaku. Keadaan pelantar benua di Laut
China Selatan yang cetek akan memperlahankan pergerakan ombak
tsunami di samping menyerap tenaga yang dihasilkan oleh tsunami
tersebut sebelum sampai ke perairan Malaysia. Kemungkinan gempa bumi
berskala 8.5 Ritcher berlaku di
subduction zone Taiwan-Filipina (worst
case scenario)
dan
tsunami boleh terjadi adalah kecil.
5)
Keadaan ini juga adalah berbeza dengan keadaan semasa
gempa bumi kuat 9.3 pada skala Ritcher di perairan barat Sumatera
pada 26 Disember 2004 yang menghasilkan ombak tsunami rentas
sempadan yang ombaknya sampai di pantai barat laut Semenanjung
Malaysia iaitu pada ketinggian 2 - 3 meter, dan pecahan ombak
mencapai 8 meter
. Pada masa tersebut juga, Malaysia dan semua negara
di rantau Lautan Hindi tidak mempunyai sistem amaran awal tsunami yang
dapat memberikan maklumat awal tentang kejadian tsunami tersebut.
6) Dalam kes sekiranya gempa bumi kuat yang mencetuskan tsunami
berlaku di subduction zone perairan timur Filipina, kepulauan Filipina akan
menghalang Malaysia daripada menerima kesan terus daripada tsunami
tersebut. Risiko tsunami adalah lebih rendah berbanding sekiranya gempa
bumi bermagnitud sama berlaku di subduction zone Taiwan-Filipina.
Daripada model numerikal, kesan tsunami ini hanya boleh mengancam
selatan Sabah dan tinggi ombaknya adalah kurang dari 0.5 meter.
Sistem Amaran Awal Tsunami
7) Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia dan rangkaian
amaran awal tsunami antarabangsa (Pacific Tsunami Warning Center
(PTWC) di Hawaii dan Japan Meteorological Agency (JMA) di Tokyo) pada
masa ini adalah cukup bersedia untuk mengeluarkan amaran awal jika
tsunami berlaku. JMM juga mempunyai hubungan terus dengan PTWC dan
JMA bagi meningkatkan keupayaan SAATNM. Berbanding semasa gempa
bumi kuat di perairan barat Sumatera yang menghasilkan tsunami rentas
sempadan pada
26 Disember 2004, pada masa tersebut Malaysia tidak
mempunyai sebarang system amaran awal bagi mengesan tsunami. Pada
masa tersebut juga, rangkaian antarabangsa bagi memantau tsunami di
rantau ini adalah juga tidak mantap dan bersedia. Rangkaian pemonitoran
tsunami juga telah dimantapkan lagi oleh komuniti antarabangsa. Pada
masa ini, PTWC dan JMA telah mengambil tanggungjawab untuk
mengeluarkan amaran awal tsunami di perairan Laut China Selatan dan
Pasifik Barat dengan lebih cepat dan tepat.
Latihamal Antarabangsa
8) JMM juga telah terlibat sama dengan latihamal persediaan
menghadapi tsunami yang telah dijalankan oleh badan antarabangsa iaitu
UNESCO Intergovernmental Oceanic Commission. Latihamal pertama
pada Mei 2006 iaitu
Pasific Wave 2006
telah melibatkan peringkat
komuniti di Tuaran, Sabah. Manakala latihamal kedua pada Oktober 2008
iaitu
Pasific Wave 2008
melibatkan persediaan komunikasi dan menilai
tahap kecekapannya yang melibatkan tiga agensi iaitu JMM, MKN dan
RTM.
Kempen Kesedaran Awam Di Sabah Dan Sarawak

9) Bagi meningkatkan tahap kesedaran pihak awam di kawasan yang
berisiko, JMM bersama-sama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN)
telah melaksanakan kempen kesedaran awam di beberapa lokasi di Sabah
dan Sarawak. Pada 2007, kempen kesedaran awam tentang gempa bumi
dan tsunami telah diadakan di Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad datu,
Semporna dan Tawau di Sabah. Pada 2008, kempen yang sama telah
diadakan di Ranau, Kudat, Sandakan dan Tawau di Sabah, dan di
Kuching, Miri dan Bintulu di Sarawak. Pada bulan Jun 2009, JMM telah
juga telah melaksanakan kempen kesedaran awam bagi penduduk yang
tinggal disekitar siren tsunami iaitu di Tawau, Semporna dan Sandakan di
Sabah. Pada tahun 2009 juga, JMM bersama-sama MKN sekali lagi telah
merancang program kempen kesedaran awam ditiga lokasi di Sabah dan
empat lokasi di Sarawak mulai Julai 2009.
Kesediaan Agensi-Agensi Menghadapi Tsunami
10) JMM telah mengadakan mesyuarat bersama-sama MKN, Polis
DiRaja Malaysia dan agensi-agensi yang terlibat dalam menangani
bencana tsunami pada akhir 1 Julai 2009 bagi mengambil langkah berjaga-
jaga sekiranya secara coincident gempa bumi kuat yang menghasilkan
tsunami berlaku dalam tempoh gerhana matahari tersebut. Ini
menunjukkan agensi-agensi yang terbabit dengan pengurusan risiko
bencana tsunami sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang
kemungkinan bencana tsunami.
11) JMM akan memantau dengan rapi kejadian gempa bumi di rantau ini
dan akan memaklumkan kepada pihak berkuasa dan rakyat Malaysia jika
sesuatu gempa bumi kuat yang boleh mencetuskan tsunami berlaku. Oleh
itu, semua rakyat Malaysia diminta bertenang dan tidak risau mengenai
jangkaan tsunami akan berlaku pada 22 Julai 2009.
sumbeR:http://www.mosti.gov.my/

11:07 AM by tawau · 0

Thursday, July 9, 2009

SITUASI SEMASA PANDEMIK INFLUENZA A(H1N1) DAN TINDAKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA




Tanda-tanda H1N1 : Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti ;

-demam
-batuk
-sakit tekak
-sakit badan
-pening kepala
-sejuk dan kelesuan
-cirit-birit dan muntah


Seramai 133 pesakit masih dirawat di Hospital Sungai Buloh (13 orang), Hospital Kuala Lumpur (22), Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru (16), Hospital Tuanku Jaafar, Seremban (8), Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (1), Hospital Raja Pemaisuri Bainun, Ipoh (3), Hospital Pulau Pinang (7), Hospital Tawau (7), Hospital Batu Pahat (4), Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star (9), Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu (3), Hospital Umum Sarawak (4), Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu (7), Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu (4), Hospital Labuan (2), Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan (3), Hospital Melaka (9), Hospital Tumpat (1), Hospital Bintulu (5) dan Hospital Miri (5).

KENYATAAN AKHBAR
YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA


h1n1-babi-tawau

12:19 PM by tawau · 3

Thursday, July 2, 2009

Virus H1N1 Selesma babi menyerang Tawau



Jangkitan wabak selesema A (H1N1) terus menular dengan cepat apabila negara merekodkan 48 kes baru hari ini, termasuk lapan kes tempatan, menjadikan jumlah semuanya 244 kes.
Semalam Malaysia mencatatkan 38 kes - rekod tertinggi peningkatan dalam masa sehari sejak kes pertama , 15 Mei lalu.

Terdapat 1 kes di tawau yg melibatkan seorang lelaki yg berumur 38 tahun. Lelaki berkenaan masih dalam pemerhatian dan diletakkan di bawah kuanrantin di rumah

5:34 PM by tawau · 0

Tuesday, June 16, 2009

VIRUS h1n1 menyerang penulis Blog





Berikutan pengesanan lima lagi kes baru Influenza A (H1N1), semalam, Kementerian Kesihatan bercadang melakukan pemeriksaan ke atas penumpang dari negara tertentu di atas pesawat sebelum dibenarkan turun sebagai langkah pencegahan.

Kes ke-13 membabitkan pelajar lelaki 12 tahun yang bercuti selama lima hari di Manila dan tiba di KLIA menaiki pesawat Penerbangan Malaysia MH705, Sabtu lalu.

"Kanak-kanak itu kini dirawat di Hospital Sungai Buloh dan semua ahli keluarga juga sudah dikuarantin," katanya dalam satu kenyataan.

Kes ke-14 adalah pelancong British berusia 25 tahun yang tiba di negara ini 8 Jun lalu, menaiki pesawat Emirates Airlines EK342 dari Dubai.

Kes ke-15 membabitkan pelajar lelaki berusia 16 tahun, penduduk tetap Malaysia yang tiba di negara ini untuk bercuti pada 13 Jun 2009 jam 7.30 petang menaiki pesawat Jet Star Airline 3K687 (tempat duduk 4A) dari Singapura.

Dr Ismail berkata, kes-16 membabitkan seorang pelajar perempuan berusia 14 tahu pemastautin Amerika Syarikat yang berkunjung ke Malaysia untuk melawat keluarga di Sabah. Pelajar itu tiba di Kota Kinabalu dengan penerbangan MH385 dari Hong Kong pada 13 Jun lalu.

Sementara itu, kes ke-17 pula membabitkan seorang wanita tempatan berusia 26 tahun, yang melancong ke Melbourne dan pulang ke Malaysia menaiki pesawat Air Asia X D7 2723 dan tiba di LCCT jam 7.15 pagi, 13 Jun.

Dr Ismail berkata, pihaknya sedang mengesan semua individu, termasuk krew penerbangan dan penumpang lima penerbangan terbabit.

* nampaknya semakin ramai penulis-penulis Blog mengisi ruang blog mereka mengenai VIRUS H1n1. Blog Motor klasik turut terkena jangkitan virus H1n1.

12:04 PM by tawau · 0

Tuesday, May 12, 2009

GILA kuasa berkampung di Tawau





Event : Tawau Drag Race 2009
Date : 16 & 17 hb may2009
Location: unused airport terminal, Tawau Sabah

Datanglah beramai-ramai, bersama sanak saudara dan JEntera pemusna ANDA.

need sneaky?


KING PARK HOTEL ( NEW HOTEL ) TB 30 , JALAN BUNGA
089-767700 , 766699
STANDARD SINGLE RM 98 , RM 88 (P.R )
STANDARD QUEEN RM 108 , RM 98 ( P.R )
SUPERIOR TWIN RM 150 , RM 128 ( P.R )
SUPERIOR QUEEN RM 150 , RM 128 ( P.R )
SUPERIOR FAMILY RM 180 , RM 138 ( P.R )
DELUXE KING RM 200 , RM 148 ( P.R )
DELUXE FAMILY RM 200 , RM 155 ( P.R )
DUKE RM 600 , RM 380 ( P.R )
KING RM 500 , RM 280 ( P.R )
QUEEN RM 500 , RM 280 ( P.R )
PRINCESS RM 300 , RM 200 ( P.R )


FIRST HOTEL TB 208 & 209 , JALAN BUNGA
SUITE RM 84.00
DELUXE RM 73.50
TRIPLE RM 68.25
STANDARD RM 63.00

HERITAGE HOTEL ( NEW HOTEL ) TB210-213 , JALAN BUNGA
089-766222
SUPERIOR ROOM RM 98.00
STANDARD ROOM RM 78.00



MONACO DYNASTY HOTEL TB230, JALAN BUNGA
TEL : 089-755557,089-766557
SUPERIOR ( KING SIZED BED ) RM 90 , RM 65 (PROMOTION RATE )
SUPERIOR ( TWIN BED ) RM 100 , RM 80 (PROMOTION RATE )
DELUXE ( TRIPLE BED ) RM 120 , RM 100 (PROMOTION RATE )
SUITE ( 2 BED ROOM ) RM 150 , RM 130 (PROMOTION RATE )

MONACO HOTEL
TB214 JALAN HAJI KARIM
TEL : 089-769911 , 769912 , 769913
STANDARD RM 80 , RM 60 (PROMOTION RATE )
SUPERIOR ( KING SIZED BED ) RM 90 , RM 65 (PROMOTION RATE )
SUPERIOR ( TWIN BED ) RM 100 , RM 70 (PROMOTION RATE )
DELUXE ( TWIN BED ) RM 120 , RM 80 (PROMOTION RATE )

more hotels

11:08 AM by tawau · 0

Monday, January 26, 2009

Simbolik Tahun Baru Cina




Ikon dan hiasan Tahun BAru Cina

ikan
Makna Ikan koi sering kelihatan dalam lukisan. Sajian berhias yang memaparkan ikan juga dapat dilihat. Ikan melambangkan lebihan atau simpanan tambahan supaya ada lebih untuk hidup pada baki tahun. Ikan berpadu dengan pepatah Cina 年年有餘 (niánnián yǒuyú)

Jongkong Yuanbao
Makna Yuanbao emas (金元宝; jīn yuánbǎo) melambangkan wang dan/atau kemewahan. Jongkong berbentuk Yuanbao ini merupakan perantara pertukaran piawaian di China zaman silam.

Tanglung
Tanglung kertas Cina tradisional ini biasanya berbeza daripada tanglung yang digunakan ketika Perayaan Kuih Bulan. Tanglung ini berwarna merah dan selalunya berbentuk bujur. Tanglung-tanglung yang digunakan pada hari ke-15 Tahun Baru Cina untuk Pesta Tanglung, dinyala terang-terang, berwarna-warni, dan berbagai-bagai saiz dan bentuknya.

Perhiasan
Hiasan secara amnya menyampaikan ucapan Tahun Baru. Poster kaligrafi Cina memaparkan peribahasa Cina. Hiasan-hiasan lain termasuk gambar Tahun Baru, simpul Cina, keratan kertas dan gurindam.

Tarian singa
Tarian singa sering diadakan pada Tahun Baru Cina. Adalah dipercayai bahawa pukulan gendang yang kuat dan bunyi simbal yang m***kakkan serta wajah singa yang menari dengan agresif sekali boleh mengusir puaka jahat. Tarian singa juga dipamerkan pada upacara pembukaan perniagaan orang Cina.

Cai Shen
Cai Shen (Cina Tradisional: 財神, Cina Ringkas: 财神) merupakan dewa kekayaan yang disembah orang agar memperoleh tuah dan berkat pada malam Tahun Baru dalam kepercayaan Cina. Kehadiran dewa ini sempena Tahun Baru Cina serupa dengan Santa Claus.

Bunga

Berikut merupakan hiasan bunga yang paling biasa pada Tahun Baru dan sering dijual ketika pasaran tahun baru.

Hiasan Bunga
Bunga plum
Maksud melambangkan tuah

Kumkuat
Maksud melambangkan kemakmuran

Narcissus
Maksud melambangkan kemakmuran

Bunga kekwa
Maksud melambangkan panjang umur

Buluh tumbuhan
Maksud digunakan sepanjang tahun

Bunga matahari
Maksud bermaksud tahun yang elok

Hidangan Tahun Baru CINA

Jamuan pertemuan semula

Jamuan pertemuan semula diadakan pada malam sebelum Tahun Baru, ketika semua ahli keluarga, sama ada tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman, bertemu untuk perayaan. Jamuan ini biasanya diadakan di rumah yang didiami anggota keluarga paling tua. Jamuan ini amat kaya dengan makanan yang lazimnya merangkumi daging ayam dan ikan. Ikan (Cina Tradisional: 魚, Cina Ringkas: 鱼, pinyin: yú) sebagai makanan penting, tidak dimakan sampai habis (sebaliknya, bakinya disimpan semalaman), bak pepatah Cina nián nián yǒu yú (Cina Tradisional: 年年有餘, Cina Ringkas: 年年有余), yang bermakna "semoga ada lebihnya setiap tahun", yang sama bunyinya dengan "semoga ada ikan setiap tahun."

Intisari makanan

Luohan zhai (羅漢齋 (罗汉斋))uóhàn zhāi
Luohan zhai ialah hidangan vegetarian yang biasanya merangkumi 18 bahan, sering disaji pada hari pertama Tahun Baru. Sejenis lumut berbentuk rambut manusia, disebut "fat choy" dalam bahasa Kantonis sering menjadi ciri-ciri utama hidangan Buddha dan sajian lain, kerana namanya sama bunyinya dengan "kemakmuran". Suku kaum Hakka biasanya menyaji kiu nyuk (扣肉) dan yong tau fu.

Ikan 魚 (鱼)yú
Ramuan yang penting sepanjang sambutan tahun baru. Sebutan perkataan Cina bagi ikan serupa dengan "lebihan" (bahasa Cina: 餘; pinyin: yú). Ramuan utama bagi yee sang.

Yee sang 魚生 (鱼生) yúshēng
Salad ikan yang dilambung cebisan ramuannya apabila disambung untuk menyambut tuah

Ladu jiaozi 餃子 (饺子) jiǎozi
Ladu ini dimakan di China utara kerana bentuknya serupa dengan tongkol emas Cina kuno, seolah-olah berisi tuah.

Limau mandarin 金橘 jīnjú; atau 柑 gān
Limau ini merupakan buah-buahan paling kerap ditemui semasa perayaan tahun baru.

Kuih bakul 年糕 niángāo
Kuih ini paling laris didapati di China timur (Jiangsu, Zhejiang dan Shanghai) kerana namanya serupa sebutan dengan "kian tahun kian tinggi"

Mi
Mi dihidangkan tanpa dipotong, melambangkan panjang hayat, namun amalan ini tidak terhad kepada sambutan tahun baru.

Gula-gula

Gula-gula dan buah-buahan kering disimpan dalam kotak gula-gula Cina berwarna merah atau hitam.

Tikoy
Puding yang diperbuat daripada tepung pulut, kanji gandum, garam, air, dan gula. Warna gula yang digunakan menentukan warna puding ini (putih atau perang).

Pantang-larang sewaktu perayaan tahun Baru cina
Menerima tuah

* Membuka pintu dan tingkap dianggap 'menjemput masuk' tuah pada tahun baru.
* Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menhalau hantu dan puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.
* Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi pemakannya.
* Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.
* Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah kekayaan.
* Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud 'memijak' orang yang bergosip tentang pemakainya.

Menghindari malang

* Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau "sukar".
* Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa maalng kerana perkataan Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan "kaya".)
* Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi "rambut" sama bunyinya dengan "hasil". Maka "menggunting rambut" juga dipandang sebagai "memotong hasil" dalam baahsa Kantonis.
* Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)
* Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru.
* Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.
* Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi "buku" sebunyi dengan perkataan bagi "hilang".

Refrensi Dari BpK Pdt. Robet nio Dalam Tulisannya "makna Tradisi makanan dalam Imlek"
lastly gue nak ucapkan selamat tahun baru cina kepada semua seluruh masyarakat tiong hwa di Malaysia khususnya di tawau, Moga bergumbira meraikannya. Klu ada ANg POW lebih, titipkan juga ke TCBC :-). kepada yang tak meraikannya, selamat bercuti 2 hari untuk berfoya-foya, Yang balik ke kampung bercuti Berhati-hati di jalan raya jangan lupa pasang tali pinggang kaledar di belakang... erm.. vrrroOOOMMM...

4:36 AM by tawau · 0

Saturday, January 10, 2009

Boikot Produk Pro ISrael


Adakah kita rela untuk menyumbangkan wang untuk musuh-musuh Islam? Adakah kita rela saudara seaqidah dengan kita dibedil dengan peluru-peluru akibat dari sumbangan kita? Kepada semua Pembaca Tawau Classic Bike Club dan pembaca, Berikut di senaraikan. Barangan amerika-israel,memang terlalu banyak dan mungkin sukar untuk kita menerima kenyataan tentang hakikat sebenar. TAk dapt boikot semua, Boikot satu pun jadilah. Boleh dikatakan setiap produk yang kita gunakan seharian adalah buatan Israel atau penyumbang kepada Israel seperti Nescafe, Maggie, Coke, Fanta, Sprite, Johnson & Johnson, Revlon, L’Oreal dan banyak lagi.





Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika.. sila read more..Syarikat : Phillip Morris Produk : Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d’Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD
80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI

Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut ?KFC Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.

Syarikat : Nestle Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby?, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : Disney Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US
1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd. Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut Jenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.

Syarikat : Nokia Produk : Telekomunikasi, talipon bimbit dan elektronik Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

Syarikat : Danone Produk : Makanan, minuman dan biskut Produk : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun
1998.

Syarikat : Johnson & Johnson Produk : Kesihatan. Fakta : Pada tahun 1998 Roger S.. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

Syarikat : Revlon Produk : Kosmetik Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlaon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.

Syarikat : AOL Time Warner Produk : Media Elektronik dan Cetak Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : IBM Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.

Syarikat : L’Oreal Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian malbur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan L? real dan menganggap mereka sahabat akrab.

Syarikat : Intel Produk : Perkakasan komputer Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

Syarikat : Est? Lauder Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

Syarikat : News Corporation Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins Fakta : Murdoch’s New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.

Syarikat : Kimberly-Clark Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.

LAIN-LAIN SYARIKAT

Syarikat : Procter and Gamble Produk : Kesihatan, sabun, syampu Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action
500, Bonux, Mr Clean

MARS INC - Bounty, M&M’s, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben’s, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies

HASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger

GILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

COLGATE PALMOLIVE - Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic

Haagen ?Dazs Ben & Jerry? CAMPBELL Kellogg? Canderel Levis Raid Heinz


Related links : http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.html


Jika jualan mereka boleh dijejaskan dengan boikot ini, syarikat-syarikat lain juga akan berfikir 2 kali kali sebelum meneruskan sokongan mereka kepada Rejim zalim ini.


11:47 PM by tawau · 0

Friday, December 12, 2008

Kadar Caruman KWSP Pekerja Dikurangkan Mulai Gaji Januari 2009



Dimaklumkan kepada ahli Tawau Classic Bike Club dan pembaca bahawa KWSP telah mengistiharkan kadar caruman KWSP Pekerja akan dikurangkan secara automatik dari 11% kepada 8% untuk tempoh dua
tahun mulai gaji Januari 2009 sebagaimana kenyataan Bahangian
Perhubungan Awam KWSP dibawah.

"PEKERJA" yang ingin mengekalkan kadar potongan caruman KWSP sedia ada
iaitu 11% diperlukan mengisi borang KWSP 17A(AHL) Khas seperti dilampiran dan sila serahkan kepada syarikat masing-masing sebelum31/12/2008 untuk dikemukakan kepada KWSP.


Sehubungan itu, KWSP akan mengeluarkan jadual caruman bulanan yang baru.Ahli dan majikan boleh mendapatkan jadual caruman baru itu dari laman web myEPF di www.kwsp.gov.my atau seperti yang di lampirkan di bawah.

Tawau - Borang PENGURANGAN CARUMAN KWSP PEKERJA dan TINDAKAN BAGI YANG INGIN MENGEKALKAN KADAR SEDIA ADA


12:12 PM by tawau · 0

Sunday, December 7, 2008

Selamat Menyambut Hari Raya Qurban





Assalamualaikum, saya nak ucapkan Selamat menyambut hari raya KOrban kepada semua AHli TCBC dan pembaca blog TCBC yang beragama islam. Kepada yang menunaikan ibadah haji, semoga mendapat haji yang mabrur. Kepada yang bercuti dan balik ke kampung,
berhati-hati di jalan raya pandu cermat!! ingat jangan memotong di garisan berkemebar. esok jangan lupa sembhayang di MASJID. vrooOOOOM.... jumpa di masijd bandar tawau esok. insyAllah

11:53 PM by tawau · 0

FxxK Yahudi