Monday, February 16, 2009
Do you like this story?
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melancarkan Program Jelajah Cergas Sukan Massa (Tiada Alasan/No Excuse) Peringkat Negeri Sabah yang disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, di padang perbandaran tawau . Objektif program ini adalah untuk menggalakkan penglibatan masyarakat di dalam aktiviti sukan, rekreasi serta kecergasan dan menerapkannya sebagai satu amalan gaya hidup seharian. Selain itu, program ini memberi ruang dan peluang kepada masyarakat untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti sukan dan kecergasan sekali gus mewujudkan masyarakat Malaysia yang berbudaya sukan. Program ini melibatkan 19 aktiviti/acara sepanjang 2 hari program ini dijalankan. Gabungan kerjasama pelaksanaan aktiviti di dalam Program Jelajah Cergas Sukan Massa (Tiada Alasan/ No Excuse) ini dapat memeriahkan lagi aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan di Malaysia. Program ini juga merupakan landasan terbaik untuk mempromosikan gaya hidup cergas, sihat dan bersatu serta menerapkan budaya bersukan di kalangan masyarakat melalui slogan Tiada Alasan/ No Excuse. Yang berhormat di iringi ke padang perbandaran tawau oleh kelab-kelab motorsikal dari daerah tawau di antara nya adalah Kelab Motrosikal klasik Tawau, Kelab Motorsikal Wilayah Tawau (kemowta), Kelab Motorsikal Berkuasa Tinggi Tawau, dan Kelab Scoot Clan.
This post was written by: Franklin Manuel
Franklin Manuel is a professional blogger, web designer and front end web developer. Follow him on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses to “ ”
Post a Comment