Wednesday, July 22, 2009

ANGKAAN BERLAKUNYA GEMPA BUMI DAN TSUNAMI DI PERAIRAN TIMUR FILIPINA





Penyebaran e-mail mengenai jangkaan berlakunya gempa bumi dan
tsunami pada 22 Julai 2009 telah tersebar luas sejak bulan Mac 2009.
JMM telah mengeluarkan kenyataan akhbar menjelaskan isu ini pada 8
April 2009. Rakyat Malaysia diminta tidak perlu bimbang mengenai perkara
tersebut.

Tiada Kaitan Korelasi Gempa Bumi Besar Dan Gerhana Matahari
2) Berdasarkan rekod kejadian gempa bumi terdahulu, didapati tiada
korelasi saintifik antara kejadian gempa bumi dengan gerhana matahari.
Contohnya, semasa kejadian gerhana matahari pada 1 Ogos 2008, tiada
gempa bumi bermagnitud besar direkodkan berlaku pada tarikh tersebut.
Merujuk kenyataan
Prof. Kerry Sieh, seorang seismologi terkenal dari
Amerika Syarikat yang sekarang bertugas di Singapura,
beliau telah
melaporkan dalam Channel News Asia pada April 2009, iaitu sejak 110
tahun yang lalu, terdapat 85 kejadian gempa bumi bermagnitud besar.
Namun, hanya dua daripada gempa bumi tersebut berlaku pada masa
yang sama dengan kejadian gerhana matahari. Itu pun ianya berlaku pada
masa gerhana separa, bukannya gerhana penuh. Disamping itu, dua
gempa bumi tersebut berlaku di tempat yang bukannya berlaku gerhana.
Kajian Gempa Bumi Dan Risiko Tsunami Di Malaysia
3) Risiko Malaysia kepada gempa bumi dan tsunami telah diketahui.
Akademi Sains Malaysia, MOSTI telah menyelia satu kajian yang
komprehensif tentang risiko gempa bumi dan tsunami di Malaysia yang
dilaksanakan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Jabatan Mineral dan
Geosains, UPM, USM, dan UTM. Kajian ini telah siap sepenuhnya pada
Januari 2009. Pada masa yang sama JMM juga telah menganjurkan dua
International Roundtable Dialogue on Earthquake and Tsunami Risks in
Southeast Asia, South China Sea and Western Pacific Marginal Seas
Region. Kajian ASM dan roundtable dialogue tersebut juga mendapati
bahawa subduction zone Taiwan-Filipina di perairan barat adalah bersaiz
kecil berbanding dengan subduction zone di perairan sepanjang timur
Sumatera. Mengikut pandangan ahli seismologi dan berdasarkan rekod
terdahulu, gempa bumi yang berkemungkinan berlaku di kawasan
subduction zone Taiwan-Filipina hanya boleh menjana gempa bumi pada
magnitud 8.5 pada skala Ritcher (worst case scenario).
Rekod terdahulu
menunjukkan bahawa gempa bumi yang berlaku di kawasan
subduction zone Taiwan-Filipina hanya hampir mencapai magnitud
8.0 pada skala Ritcher.
Perbezaan 1.0 magnitud pada skala Ritcher akan
mengakibatkan kekuatan 10 kali ganda.
Model Numerikal Tinggi Ombak Dan Masa Tiba Jika Tsunami Berlaku
4) Merujuk kepada model numerikal, sekiranya gempa bumi berskala
8.5 Ritcher berlaku di
subduction zone Taiwan-Filipina (worst case
scenario)
dan
tsunami boleh terjadi, ombak yang bakal sampai di perairan
Sabah adalah kurang dari
1.0 meter
dalam tempoh masa antara
3 – 4 jam
selepas kejadian gempa bumi berlaku. Keadaan pelantar benua di Laut
China Selatan yang cetek akan memperlahankan pergerakan ombak
tsunami di samping menyerap tenaga yang dihasilkan oleh tsunami
tersebut sebelum sampai ke perairan Malaysia. Kemungkinan gempa bumi
berskala 8.5 Ritcher berlaku di
subduction zone Taiwan-Filipina (worst
case scenario)
dan
tsunami boleh terjadi adalah kecil.
5)
Keadaan ini juga adalah berbeza dengan keadaan semasa
gempa bumi kuat 9.3 pada skala Ritcher di perairan barat Sumatera
pada 26 Disember 2004 yang menghasilkan ombak tsunami rentas
sempadan yang ombaknya sampai di pantai barat laut Semenanjung
Malaysia iaitu pada ketinggian 2 - 3 meter, dan pecahan ombak
mencapai 8 meter
. Pada masa tersebut juga, Malaysia dan semua negara
di rantau Lautan Hindi tidak mempunyai sistem amaran awal tsunami yang
dapat memberikan maklumat awal tentang kejadian tsunami tersebut.
6) Dalam kes sekiranya gempa bumi kuat yang mencetuskan tsunami
berlaku di subduction zone perairan timur Filipina, kepulauan Filipina akan
menghalang Malaysia daripada menerima kesan terus daripada tsunami
tersebut. Risiko tsunami adalah lebih rendah berbanding sekiranya gempa
bumi bermagnitud sama berlaku di subduction zone Taiwan-Filipina.
Daripada model numerikal, kesan tsunami ini hanya boleh mengancam
selatan Sabah dan tinggi ombaknya adalah kurang dari 0.5 meter.
Sistem Amaran Awal Tsunami
7) Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia dan rangkaian
amaran awal tsunami antarabangsa (Pacific Tsunami Warning Center
(PTWC) di Hawaii dan Japan Meteorological Agency (JMA) di Tokyo) pada
masa ini adalah cukup bersedia untuk mengeluarkan amaran awal jika
tsunami berlaku. JMM juga mempunyai hubungan terus dengan PTWC dan
JMA bagi meningkatkan keupayaan SAATNM. Berbanding semasa gempa
bumi kuat di perairan barat Sumatera yang menghasilkan tsunami rentas
sempadan pada
26 Disember 2004, pada masa tersebut Malaysia tidak
mempunyai sebarang system amaran awal bagi mengesan tsunami. Pada
masa tersebut juga, rangkaian antarabangsa bagi memantau tsunami di
rantau ini adalah juga tidak mantap dan bersedia. Rangkaian pemonitoran
tsunami juga telah dimantapkan lagi oleh komuniti antarabangsa. Pada
masa ini, PTWC dan JMA telah mengambil tanggungjawab untuk
mengeluarkan amaran awal tsunami di perairan Laut China Selatan dan
Pasifik Barat dengan lebih cepat dan tepat.
Latihamal Antarabangsa
8) JMM juga telah terlibat sama dengan latihamal persediaan
menghadapi tsunami yang telah dijalankan oleh badan antarabangsa iaitu
UNESCO Intergovernmental Oceanic Commission. Latihamal pertama
pada Mei 2006 iaitu
Pasific Wave 2006
telah melibatkan peringkat
komuniti di Tuaran, Sabah. Manakala latihamal kedua pada Oktober 2008
iaitu
Pasific Wave 2008
melibatkan persediaan komunikasi dan menilai
tahap kecekapannya yang melibatkan tiga agensi iaitu JMM, MKN dan
RTM.
Kempen Kesedaran Awam Di Sabah Dan Sarawak

9) Bagi meningkatkan tahap kesedaran pihak awam di kawasan yang
berisiko, JMM bersama-sama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN)
telah melaksanakan kempen kesedaran awam di beberapa lokasi di Sabah
dan Sarawak. Pada 2007, kempen kesedaran awam tentang gempa bumi
dan tsunami telah diadakan di Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad datu,
Semporna dan Tawau di Sabah. Pada 2008, kempen yang sama telah
diadakan di Ranau, Kudat, Sandakan dan Tawau di Sabah, dan di
Kuching, Miri dan Bintulu di Sarawak. Pada bulan Jun 2009, JMM telah
juga telah melaksanakan kempen kesedaran awam bagi penduduk yang
tinggal disekitar siren tsunami iaitu di Tawau, Semporna dan Sandakan di
Sabah. Pada tahun 2009 juga, JMM bersama-sama MKN sekali lagi telah
merancang program kempen kesedaran awam ditiga lokasi di Sabah dan
empat lokasi di Sarawak mulai Julai 2009.
Kesediaan Agensi-Agensi Menghadapi Tsunami
10) JMM telah mengadakan mesyuarat bersama-sama MKN, Polis
DiRaja Malaysia dan agensi-agensi yang terlibat dalam menangani
bencana tsunami pada akhir 1 Julai 2009 bagi mengambil langkah berjaga-
jaga sekiranya secara coincident gempa bumi kuat yang menghasilkan
tsunami berlaku dalam tempoh gerhana matahari tersebut. Ini
menunjukkan agensi-agensi yang terbabit dengan pengurusan risiko
bencana tsunami sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang
kemungkinan bencana tsunami.
11) JMM akan memantau dengan rapi kejadian gempa bumi di rantau ini
dan akan memaklumkan kepada pihak berkuasa dan rakyat Malaysia jika
sesuatu gempa bumi kuat yang boleh mencetuskan tsunami berlaku. Oleh
itu, semua rakyat Malaysia diminta bertenang dan tidak risau mengenai
jangkaan tsunami akan berlaku pada 22 Julai 2009.
sumbeR:http://www.mosti.gov.my/

11:07 AM by tawau · 0

Latihan Amaran Tsunami Di Masjid Al-Kauthar




TAWAU :Masjid Al-Kauthar yang terletak di pinggir pantai di sini akan menjadi tumpuan Khamis ini apabila Jabatan Meteorologi Malaysia mengadakan latihan amaran awal tsunami.

Jurucakap Bahagian Geofizik dan Tsunami Jabatan Meteorologi Malaysia berkata masjid itu adalah antara 13 tempat di seluruh negara yang mempunyai alat siren amaran tsunami bagi membolehkan orang ramai khususnya mereka yang tinggal di pesisir pantai mengetahui mengenai ancaman ombak besar itu pada peringkat awal.

"Daripada bilangan bunyi siren, mereka akan tahu apa mesej yang ingin disampaikan, sama ada meminta mereka menjauhi kawasan pantai ataupun berpindah ke kawasan tinggi," katanya kepada Bernama hari ini.

Jurucakap itu berkata sebanyak 10 lagi alat siren amaran awal tsunami itu akan dipasang di seluruh negara bagi menjadikan jumlahnya 23.

Penyelia Masjid Al-Kauthar Rahman Yahya mengajak masyarakat Tawau supaya datang beramai-ramai menghadiri latihan itu.

Masjid Al-Kauthar merupakan masjid terbesar di Sabah dengan kemampuan menampung sehingga 15,000 orang jemaah pada satu-satu masa.

9:35 AM by tawau · 0

Wednesday, July 15, 2009

Motorsikal Pelik Chasis Tengkorak









saya tak tahu negara pembuat motorsikal di atas ni. Unik Dan Kreativ,

11:23 AM by tawau · 1

Thursday, July 9, 2009

SITUASI SEMASA PANDEMIK INFLUENZA A(H1N1) DAN TINDAKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA




Tanda-tanda H1N1 : Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti ;

-demam
-batuk
-sakit tekak
-sakit badan
-pening kepala
-sejuk dan kelesuan
-cirit-birit dan muntah


Seramai 133 pesakit masih dirawat di Hospital Sungai Buloh (13 orang), Hospital Kuala Lumpur (22), Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru (16), Hospital Tuanku Jaafar, Seremban (8), Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (1), Hospital Raja Pemaisuri Bainun, Ipoh (3), Hospital Pulau Pinang (7), Hospital Tawau (7), Hospital Batu Pahat (4), Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star (9), Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu (3), Hospital Umum Sarawak (4), Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu (7), Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu (4), Hospital Labuan (2), Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan (3), Hospital Melaka (9), Hospital Tumpat (1), Hospital Bintulu (5) dan Hospital Miri (5).

KENYATAAN AKHBAR
YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA


h1n1-babi-tawau

12:19 PM by tawau · 3

Thursday, July 2, 2009

Virus H1N1 Selesma babi menyerang Tawau



Jangkitan wabak selesema A (H1N1) terus menular dengan cepat apabila negara merekodkan 48 kes baru hari ini, termasuk lapan kes tempatan, menjadikan jumlah semuanya 244 kes.
Semalam Malaysia mencatatkan 38 kes - rekod tertinggi peningkatan dalam masa sehari sejak kes pertama , 15 Mei lalu.

Terdapat 1 kes di tawau yg melibatkan seorang lelaki yg berumur 38 tahun. Lelaki berkenaan masih dalam pemerhatian dan diletakkan di bawah kuanrantin di rumah

5:34 PM by tawau · 0

FxxK Yahudi