Monday, September 14, 2009
Majlis Berbuka Puasa Bersama Pemimpin, PM MALAYSIA
Do you like this story?
13 Sept TAWAU, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Tawau untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama pemimpin dan masyarakat Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna.
Najib bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang tiba menggunakan pesawat khas mendarat di Lapangan Terbang Tawau kini, kira-kira pukul 3.30 petang dan disambut oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan beberapa anggota kabinet negeri.
Petang ini Najib dijadual mengadakan perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin masyarakat Cina di Hotel Promenade sebelum menghadiri majlis penyampaian sumbangan amal Ramadan serta berbuka puasa di Masjid Al-Kauthar.
Sejurus selepas menunaikan solat Isyak dan solat sunat Tarawih, Najib dijadual mengadakan perjumpaan dengan anggota pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional di Hotel Promenade sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.
This post was written by: Franklin Manuel
Franklin Manuel is a professional blogger, web designer and front end web developer. Follow him on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 Responses to “Majlis Berbuka Puasa Bersama Pemimpin, PM MALAYSIA”
September 15, 2009 at 5:23 AM
Esok jemput la datang majlis berbuka puasa di restoran kayu manis jam 4.30pm k... e-mail aku kalau kau mau hadir k.. adrysabry@yahoo.com
Post a Comment