Thursday, August 27, 2009

RM6.60 Kadar Zakat fitrah Sabah untuk Tahun 2009




Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam). (sumber wikipedia)

Untuk di kongsikan, Kadar zakat fitrah bagi umat Islam di Sabah tahun ini ditetapkan pada kadar RM6.60 seorang, berkurangan 14.28 peratus atau RM1.10 berbanding RM7.70 tahun lalu.

Penurunan itu adalah yang pertama sejak tiga tahun lalu selepas kenaikan di antara empat hingga 48 peratus, iaitu daripada RM5 pada 2006 kepada RM5.20 pada 2007 dan RM7.70 tahun lalu.

Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (Muis), Datuk Syed Abas Syed Ali, berkata kadar itu diputuskan Majlis Tertinggi Muis berasaskan harga semasa satu gantang Baghdad atau 2.7 kilogram beras di Sabah.



1 Responses to “RM6.60 Kadar Zakat fitrah Sabah untuk Tahun 2009”

Adry said...
September 1, 2009 at 1:53 AM

jauh naik banding tahun lepas kan...


Post a Comment

FxxK Yahudi