Monday, November 9, 2009

Projek Pembinaan Jalan Sapulut- Kalabakan tidak capai objektif





KUALA LUMPUR: Projek Pembinaan Jalan Sapulut-Kalabakan didapati tidak mencapai objektifnya iaitu membina jalan bertar atau berturap yang menghubungkan pekan Sapulut di Keningau dengan Kalabakan di Tawau, Sabah.

Sebaliknya, menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2008 yang dikeluarkan kelmarin, hanya jalan ‘gravel’ yang dibina dalam projek yang melibatkan peruntukan RM565 juta itu.

“Audit mendapati kerja penyiasatan tanah tidak dilaksanakan dengan sempurna mengakibatkan banyak bahan yang tidak sesuai seperti batang balak digunakan untuk membuat jalan oleh syarikat konsesi pembalakan tidak dapat dikesan.

“Hal ini menyebabkan perubahan skop kerja dengan tidak membina jalan berturap terpaksa dilakukan bagi memastikan kos projek tidak melebihi nilai kontrak yang dipersetujui,” kata laporan itu.

Laporan itu juga berpendapat pembinaan jalan di kawasan berkenaan adalah tidak praktikal kerana ia melalui jalan yang aktif dengan aktiviti pembalakan, melibatkan dua syarikat konsesi balak.




“Lori balak kerap menggunakan jalan itu, walaupun jalan basah, dengan muatan 42.54 tan sehingga 62.08 tan yang melebihi kapasiti reka bentuk jalan yang dibina, iaitu setakat 30 tan sahaja.

“Kekerapan lori balak menggunakan jalan itu juga merupakan faktor yang melambatkan proses pembinaan dan menyebabkan kerosakan kepada jalan yang baru dibina seperti kerosakan terhadap ‘embankment’, longkang serta cerun,” kata laporan itu.

Selain itu penyiasatan audit turut menemui kero- sakan seperti lubang pada permukaan jalan, permukaan jalan mendap, bahu jalan ternaik, longkang rosak, pelin- dungan tebing sungai terhakis dan penahan tembok di sepanjang jalan itu akibat kualiti pembinaan dan pen- yenggaraan jalan yang tidak memuaskan.

“Pada pandangan audit, Jabatan Kerja Raya (JKR) sepatutnya memastikan kerja penyiasatan tanah dijalankan dengan sempurna sebelum projek pembinaan jalan dimulakan,” kata laporan itu.

Laporan Ketua Audit Negara itu mengesyorkan supaya JKR memastikan kontraktor membaiki segera kerosakan itu bagi mengelakkan keadaan menjadi bertambah serius sehingga menjejaskan keselamatan pengguna.

Tahap pemantauan juga perlu ditingkatkan untuk memastikan kontraktor menjalankan kerja penyenggaraan yang berkualiti serta mengikut jadual dan syarat yang ditetapkan, selain memohon peruntukan kewangan yang mencukupi di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk menyambung kerja penurapan aspal jalan, kata laporan itu.

0 Responses to “Projek Pembinaan Jalan Sapulut- Kalabakan tidak capai objektif”

Post a Comment

FxxK Yahudi