Tuesday, June 16, 2009
VIRUS h1n1 menyerang penulis Blog
Do you like this story?
Berikutan pengesanan lima lagi kes baru Influenza A (H1N1), semalam, Kementerian Kesihatan bercadang melakukan pemeriksaan ke atas penumpang dari negara tertentu di atas pesawat sebelum dibenarkan turun sebagai langkah pencegahan.
Kes ke-13 membabitkan pelajar lelaki 12 tahun yang bercuti selama lima hari di Manila dan tiba di KLIA menaiki pesawat Penerbangan Malaysia MH705, Sabtu lalu.
"Kanak-kanak itu kini dirawat di Hospital Sungai Buloh dan semua ahli keluarga juga sudah dikuarantin," katanya dalam satu kenyataan.
Kes ke-14 adalah pelancong British berusia 25 tahun yang tiba di negara ini 8 Jun lalu, menaiki pesawat Emirates Airlines EK342 dari Dubai.
Kes ke-15 membabitkan pelajar lelaki berusia 16 tahun, penduduk tetap Malaysia yang tiba di negara ini untuk bercuti pada 13 Jun 2009 jam 7.30 petang menaiki pesawat Jet Star Airline 3K687 (tempat duduk 4A) dari Singapura.
Dr Ismail berkata, kes-16 membabitkan seorang pelajar perempuan berusia 14 tahu pemastautin Amerika Syarikat yang berkunjung ke Malaysia untuk melawat keluarga di Sabah. Pelajar itu tiba di Kota Kinabalu dengan penerbangan MH385 dari Hong Kong pada 13 Jun lalu.
Sementara itu, kes ke-17 pula membabitkan seorang wanita tempatan berusia 26 tahun, yang melancong ke Melbourne dan pulang ke Malaysia menaiki pesawat Air Asia X D7 2723 dan tiba di LCCT jam 7.15 pagi, 13 Jun.
Dr Ismail berkata, pihaknya sedang mengesan semua individu, termasuk krew penerbangan dan penumpang lima penerbangan terbabit.
This post was written by: Franklin Manuel
Franklin Manuel is a professional blogger, web designer and front end web developer. Follow him on Twitter
0 Responses to “VIRUS h1n1 menyerang penulis Blog”
Post a Comment